KUANTAN
– Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang ‘bergelut’ selama hampir empat
jam sebelum berjaya menangkap seekor ular sawa batik seberat 180 kilogram di
sini, awal pagi tadi.
Pegawai
APM Kuantan Muhammad Ikram Harun berkata ular sawa itu ditemui oleh orang awam
pada pukul 2.40 pagi semasa reptilia berukuran lebih sembilan meter itu sedang
menyeberangi Jalan Semambu di sini, untuk ke kawasan semak berhampiran.
“APM
mengambil masa yang lama kerana ular itu bertindak agresif mungkin kerana
berasa terancam dengan kehadiran anggota APM ini, selain faktor saiznya yang
besar.
“Kami
menggunakan penjerut dan penyepit untuk menangkap ular itu,” katanya kepada
pemberita di sini, hari ini.
Muhammad
Ikram berkata ular itu kemudiannya dilepaskan ke habitat asal yang jauh dari
kawasan penempatan penduduk di sini. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan