SEREMBAN: Lagu Semboyan
nyanyian penyokong BN menggegarkan ruangan luar pekarangan pusat
penamaan calon, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Bandar Seri Sendayan
untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Rantau.
Tidak kurang ucapan politik Umno dan PAS
mengisi segenap ruang diikuti dengan tepukan gemuruh warga penyokong
Barisan Nasional (BN) dan PAS.
Terngiang-ngiang jeritan dalam kalangan penyokong Umno berkata kisah permusuhan antara Umno dan PAS kini dalam lipatan sejarah.
Kata mereka (penyokong Umno) kini
merupakan tugas dan tanggungjawab mereka dan pengundi Rantau untuk
membalas semula bakti khidmat calon BN, Dato' Seri Mohamad Hasan yang
juga mantan Menteri Besar Negeri Sembilan.
Kata mereka lagi, jasa dan bakti Mohamad
atau lebih mesra dengan panggilan Tok Mat layak diangkat dengan
memastikan Dun Rantau kembali menjadi milik beliau.
Ujar mereka, ini merupakan ‘signal’
kepada kerajaan Pakatan Harapan bahawa rakyat sedang bersatu menolak
polisi kerajaan hari ini yang banyak tidak menyebelahi rakyat.
"Pakatan hancing!" jerit mereka.
Doa dibacakan dan diaminkan sekuat hati
oleh para penyokong Tok Mat sebagai azam yang tinggi agar Dun Rantau
dipertahankan Tok Mat. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan