HALAMAN SANTAI

Selasa, 26 Mac 2019

Mengapa Anwar Diam, Nurul Saja Bersuara Isu Pengerusi PAC?


Sebagai tanda protes terhadap Perdana Menteri, Nurul Izzah Anwar semalam mengumumkan perletakan jawatannya sebagai anggota PAC...

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berbuat demikian berikutan perubahan pendirian PH, terutamanya berikutan kenyataan Perdana Menteri selepas Pengerusi PAC sedia ada, Ronald Kiandee menyertai Bersatu...

Salah satu janji manifesto PH ketika kempen PRU14 ialah melantik Pengerusi PAC atau Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara daripada kalangan pembangkang dan untuk itu, Ronald Kiandee daripada UMNO telah di lantik memegang jawatan tersebut selepas PH berjaya menumbangkan BN buat pertama kali pada pilihanraya 9 Mei 2018 lalu...




Dalam satu kenyataan kepada MalaysiaKini, Nurul Izzah mengakui bekerja dengan bekas diktator yang menyebabkan banyak kerosakan, bukan saja pada kehidupan keluarga kami, tapi juga sistem pentadbiran negara (BACA DI SINI)...

Tun Mahathir Tidak Pernah Akan Berubah


Bagaimanapun selepas Ronald Kiandee memilih menyertai Bersatu, Tun Mahathir turut berubah pendirian dengan mengatakan tidak perlu bagi Ahli Parlimen Beluran itu melepaskan jawatannya (BACA DI SINI)...

Alasan Tun Mahathir ialah PH sudah pun menunaikan janji manifestonya ketika mula melantik Ronald Kiandee dulu, namun katanya :

"Apa PH boleh buat apabila Ahli Parlimen tersebut memilih untuk menyertai parti kerajaan"...

Hujah Tun Mahathir ini bukan saja mengecewakan, malah seperti mempermain2kan janji PH sendiri...

Sedangkan memilih orang baru untuk mengisi jawatan PAC itu di sebabkan tindakan beralih kiblat politik bukanlah sesuatu yang terlalu sukar untuk di lakukan...

Mengapakah Tun Mahathir tiba2 jadi tidak setia lagi kepada janji PH sendiri?

Tetapi dengan perletakan jawatan Nurul Izzah menjelang mesyuarat PAC dalam waktu terdekat yang akan membuat pendirian sama ada mahu melantik peneraju baru atau mengekalkan Ronald Kiandee, pujian harus di berikan kepadanya yang pernah di gelar Puteri Reformasi sebelum ini...

Isyarat daripada perletakan jawatan beliau ini adalah sangat jelas iaitu PH mesti kembali kepada janji manifestonya semula...

PH ini tertegak dan berjaya menjadi kerajaan bukanlah di sebabkan oleh Tun Mahathir seorang diri, tetapi kerana perjuangan pemimpin2 gabungannya itu yang melaungkan pembaharuan dalam negara sejak tahun 1998 lagi...

Perlantikan Pengerusi PAC daripada kalangan pembangkang hanyalah salah satu daripada pembaharuan yang di janjikan oleh PH demi tadbir urus serta semak dan imbang yang lebih baik dalam kerajaan...

Pendirian Tun Mahathir Akan Membuatkan Kredibiliti PAC Menjadi Tandatanya


Jika jawatan itu gagal di kembalikan kepada pembangkang, bererti PH akan lebih teruk daripada BN dahulu kerana selain Pengerusi PAC datang daripada Bersatu, timbalannya pula adalah daripada DAP...

Semasa BN, walau pun peneraju PAC adalah parti kerajaan, tetapi timbalannya adalah pembangkang...

Reformasi apa jika begitu keadaannya?

Banyak lagi pembaharuan atau reformasi yang di janjikan yang sedang di tunggu atau di perhatikan rakyat sama ada PH benar2 jujur mahu melaksanakannya atau tidak...

Dalam hal ini, sikap dan tindakan Nurul Izzah adalah terpuji dan syabas di ucapkan kepadanya...

Janji pembaharuan kepada rakyat adalah jauh lebih utama daripada kedudukan dan beliau sanggup melepaskan jawatan untuk memberi tekanan kepada kerajaan agar apa yang pernah di janjikan dahulu benar2 di tunaikan apabila kuasa sudah ada dalam genggaman...

Harus lebih ramai dalam PH yang berani dan sanggup berbuat seperti Nurul Izzah...

Tun Mahathir sudah mencecah umur 94 tahun sekarang ini, usianya mungkin tidak berapa lama lagi di dunia ini...

Tetapi, yang jauh lebih penting, bukanlah sama ada Tun Mahathir ada atau tidak, tetapi di manakah kredibiliti dan integriti PH sebagai sebuah kerajaan yang telus seperti yang sering di laungkan...

Admin percaya, ada lebih ramai lagi Nurul Izzah di dalam PH...

Ini bukti yang cukup jelas bahawa kerajaan PH bukan saja sudah di tolak rakyat malah pemimpin2 PH sendiri telah mula menolak PH...

Puteri Reformasi Sudah Bertindak, Mana Perginya Suara Bapa Reformasi


Satu tandatanya yang bermain di kalangan rakyat Malaysia, di manakah perginya suara Anwar Ibrahim yang di gelar sebagai Bapa Reformasi?

Anwar yang selama ini lantang mengkritik, tiba2 di lihat menikus dalam isu ini...

Ini bukanlah satu isu yang kecil atau isolated issue yang boleh di kesampingkan begitu saja...

Ini adalah isu yang berkait rapat dengan integriti dan kredibiliti kerajaan Pakatan Harapan, bukan saja di mata rakyat Malaysia malahan di mata dunia...

Adakah sikap membisu Anwar Ibrahim menunjukkan bahawa Anwar sanggup mengambil alih sebuah kerajaan yang sudah tiada kredibiliti di mata rakyat Malaysia dan dunia, asalkan tercapai cita2 peribadi untuk menjadi Perdana Menteri?

Atau apakah Anwar akan dengan berani dan lantangnya mengkritik keputusan dan pendirian Tun Mahathir?

Atau ini satu lagi 'political movement' Tun Mahathir untuk meletakkan Anwar dalam keadaan serba salah...

Bersuara, bererti memulakan satu lagi perbalahan dengan Tun Mahathir dan berdiam diri bererti akan mendapat tentangan dari penyokong sendiri, apa lagi bila puteri sendiri dah mulakan langkah berani!!!

Now the fireball is in your hand Anwar, it's too hot to hold it too long but it's too risky to pass it to the wrong person!!!

What's your call, the rakyat and the whole world is watching and waiting...


Oh yer, Wakanda Mujahid tak nak tulis surat memujuk rayu pada adinda Izaah lagi ker?



Tiada ulasan: