HALAMAN SANTAI

Sabtu, 30 Mac 2019

Mental pemain Kelantan tak kuat - jurulatih

MALAYSIAKINI

   

Mental pemain tidak kuat ketika mempertahankan gol antara kelemahanan pasukan Kelantan gagal memperolehi tiga mata penuh walaupun beraksi di tempat sendiri menentang pasukan Terengganu FC (TFCII) pada aksi Liga Premier di sini, Jumaat malam.

Ketua Jurulatih Kelantan Marko Kraljevic berkata masalah terbabit berlaku berikutan pasukan lawan tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol penyamaan selepas Kelantan mendahului permainan.

"Kami jaringkan gol awal, namun dalam tempoh tiga minit lawan boleh menjaringkan gol penyamaan menunjukkan mental pemain kami tidak kuat.

"Mereka hilang tumpuan dan tidak mampu bertahan lama dengan asakan pasukan lawan. Mereka fikir dengan satu gol pada minit awal sudah cukup untuk menewaskan lawan," katanya kepada pemberita selepas perlawanan terbabit di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, Jumaat malam.
Marko Kraljevic. Gambar Wikipedia.
 Pada perlawanan tersebut Kelantan hanya sekadar mampu berpuas hati selepas berkongsi satu mata dengan pasukan TFC ll selepas terikat 1-1.

Gol Kelantan dijaringkan oleh penyerang import Raul Andres Tarragona pada minit ke-19 manakala gol TFC II disumbangkan oleh Muhammad Zuasyraf Zulkiefle pada minit ke-22.

Marko berkata kelemahan tersebut turut dihadapi oleh pasukannya pada perlawanan lalu sehingga pasukan itu tewas dan hanya mampu berkongsi mata selepas mendahulu pasukan lawan.

"Bukan hanya berlaku malam ini (malam tadi) malah ia turut berlaku ketika kami menentang Sabah dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kami mampu menjaringkan gol awal namun selepas itu corak permainan bertukar sehingga melakukan kesilapan dengan melepaskan gol kepada pasukan lawan.

"Perkara ini perlu diatasi oleh pemain kerana ia merugikan pasukan apabila berjaya mendahului pasukan lawan namun gagal menjaga gol itu," katanya.

Selepas enam perlawanan, Kelantan kini berada di kedudukan ke-9 carta liga dengan mengumpul enam mata hasil daripada satu kemenangan, tiga seri dan dua kekalahan.- Bernama


Tiada ulasan: