KEMAMAN: Lebih 200 kilogram ikan bertaburan di atas jalan raya selepas lori yang membawa muatan ikan terbabit terbalik malam tadi.
Kejadian berlaku di Kilometer 299.5 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) Jalan Kuala Terengganu-Kuantan kira-kira jam 9.15 malam.
Ketika kejadian, lori yang sarat muatan ikan itu dalam perjalanan dari arah Kota Bharu menghala ke Melaka.

Sejurus tiba di tempat kejadian, tayar belakang lori yang dipandu
lelaki berusia 53 tahun itu telah pecah, menyebabkan ia hilang kawalan
dan terbalik di tengah jalan.
Insiden itu juga menyebabkan dua buah lagi kenderaan dikatakan gagal mengelak, lalu merempuh tong ikan dan lori terbabit.
Bagaimanapun, kesemua mangsa terlibat tidak mengalami kecederaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan