THE MAAYSIAN TIMES
KUALA LUMPUR: Hanya 75,618 daripada 213,965 ketua isi rumah (KIR) seluruh negara yang berdaftar dengan eKasih telah menikmati rebat bil elektrik RM40, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Isnaraissah Munirah Majilis berkata masih ramai lagi tidak menerima faedah rebat itu berikutan masih terdapat KIR yang tidak mempunyai akaun Tenaga Nasional Berhad (TNB).
“Saya ingin menyeru disebabkan rebat RM40 ini masih ramai lagi yang tidak menerima faedahnya..kami telah memberi ‘email’ kepada semua ahli Dewan Rakyat senarai penerima rebat RM40 yang tidak mempunyai akaun TNB dalam kawasan masing-masing supaya kita dapat bawa mereka yang selayaknya untuk terima rebat ini,” katanya.—Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan