Pengerusi Bersatu Terengganu, Datuk Razali Idris membalas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa PH gagal melaksanakan janji untuk menghapuskan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan meminta PAS menghampuskan hutang PTPTN.
Katanya "Sepatutnya Hadi selaku Presiden dan Ahli Parlimen Marang memastikan Pas melunaskan janji mereka. Kerajaan Terengganu (Pas) sudah dapat bayaran royalti minyak sebanyak 5 peratus, jadi ini masanya mereka melangsaikan hutang PTPTN khas untuk rakyat Terengganu sahaja."
Kenapa aku terpaksa kata dia ni bodoh?
1. Yang engkau (PH) berjanji nak hapus PTPTN kenapa engkau tak buat? Tiba cabar orang lain suruh buat. Bodoh baik engkau suruh PAS turunkan harga minyak?
2. Engkau kata PAS dapat 5% PAS patut guna untuk hapus PTPTN. Habis kerajaan Pusat dapat 20% royalti minyak sepatutnya kerajaan Pusat hapus PTPTN sebab 20 tu lebih banyak daripada 5 wahai Datuk Razali.
3. Engkau ingat duit Rayalti itu untuk hapus minyak. Engkau tahu tak apabila Abdul Hadi dan Dr. Sam pergi jumpa Mahathir dia bawa pelan strategi dan perancangan bagaimana duit Royalti Minyak itu nak disalurkan kepada pembangunan dan rakyat sehingga Dr, Mahathir tertarik dengan perbentangan tersebut. Engkau mana tahu, masa duduk dalam UMNO dulu engkau tukang habis duit aje.
4. Satu aku nak beritahu engkau walaupun engkau pembangkang di Terengganu tanpa kerusi Dun, engkau tu masih kerajaan. Jadi jangan bodoh berfikir sempit macam pembangkang. Negara perlukan pimpinan yang kreatif dan berinovasi bagi memajukan negara. Kalau macam ini pimpinan PH, aku rasa sampai kiamat engkau (baca PH) akan jadi pembangkang tanpa kerusi.
Nasir Ramlee
nasirramlee@gmail.com
https://www.facebook.com/nasirramlee89
Tiada ulasan:
Catat Ulasan