HALAMAN SANTAI

Jumaat, 29 Mac 2019

Anak buaya 10kg sesat di tempat letak kereta

Bernama
Anak buaya 10kg sesat di tempat letak kereta
APM Pahang menangkap seekor anak buaya tembaga seberat 10 kilogram di tempat letak kereta sebuah rumah di Kampung Peramu. -Bernama
 
 
KUANTAN: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang menangkap seekor anak buaya tembaga seberat 10 kilogram di tempat letak kereta sebuah rumah di Kampung Peramu, di sini awal hari ini.

Pegawai APM Kuantan Muhammad Ikram Harun berkata kehadiran reptilia itu disedari pemilik rumah pada pukul 1 pagi dan pihaknya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menangkapnya.
 
"Anak buaya sepanjang 1.5 meter itu tidak bertindak agresif semasa kami cuba menangkapnya. Kami percaya ia tersesat ke darat semasa air pasang besar dan tidak dapat pulang ke habitat asal," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Muhammad Ikram berkata haiwan itu diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk dilepaskan ke habitat asalnya.

Beliau memaklumkan buaya itu merupakan tangkapan pertama haiwan itu pada tahun ini dan menasihatkan orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri jika bertemu haiwan liar.
 
 

Tiada ulasan: