Itu pendapat Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd., Tan Sri Tony Fernandes.
Jelasnya, AirAsia pernah mengalami kerugian sebelum ini namun bangkit dengan mengetahui hala tuju pasarannya.
“Saya percaya Malaysia Airlines perlu ‘terbang’ di pasaran yang betul. Malaysia Airlines boleh berjaya seperti AirAsia jika tahu laluan mana yang memenuhi pasaran mereka,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran buku kisah hidupnya edisi bahasa Melayu berjudul Terbang Tinggi di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Terdahulu, Tony diminta mengulas sama ada AirAsia masih lagi berminat untuk mengambil alih Malaysia Airlines pada masa akan datang.
Beliau berkata, syarikat penerbangannya itu masih memerlukan persaingan untuk berjaya pada masa akan datang.
Beliau menjelaskan itu kerana apa yang dikecapi oleh AirAsia hari ini adalah disebabkan faktor itu bagi memberi pilihan kepada pengguna.
Menurutnya, menjadi amalan tidak baik apabila satu syarikat penerbangan yang sama mengawal syarikat penerbangan lain.
“Saya sudah buat komen di Singapura dan memberitahu AirAsia berjaya kerana persaingan dan rakyat Malaysia kena ada pilihan.
“Jika satu kompeni kawal semua syarikat penerbangan itu tidak baik. Rakyat mesti ada pilihan dan saya sebut sebelum ini Malaysia Airlines lebih bagus sebagai syarikat penerbangan premium dan AirAsia kekal sebagai syarikat penerbangan tambang murah,” katanya. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan