HALAMAN SANTAI

Ahad, 31 Mac 2019

'Maruah PKR jadi taruhan di Rantau'

MALAYSIAKINI

   

Ketua PKR Cabang Rembau R Tanggam memberi gambaran bahawa pilihan raya kecil (PRK) Rantau sebagai medan yang turut mempertaruhkan nama presiden parti, Anwar Ibrahim.

"PRK Rantau adalah maruah Anwar. Maruah parti kita.

"Kalau berlaku kekalahan, kita akan susah," kata Tanggam pada sesi bertemu media di Kampung Sendayan hari ini.

Bagaimanapun, timbalannya yang juga merupakan calon PRK itu, Dr S Streram, lebih optimistik.

Diminta mengulas kenyataan Tanggam, Streram mengakui bahawa dia bukan calon pilihan berbanding Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan.

Bagaimanapun, Streram berkata beliau akan menumpukan usaha untuk menang dengan bekerja keras dan bukannya pada kekalahan Anwar atau parti.

Streram juga berkata dia "60 hingga 70 peratus" yakin PKR boleh menang PRK itu.

PKR setakat ini menang dalam kesemua tiga PRK yang ditandingi selepas pertukaran kerajaan pusat.

Bagaimanapun, PH kalah dalam dua PRK iaitu di Cameron Highlands dan Semenyih, yang dilihat memberi tekanan kepada Anwar untuk memberi kemenangan kepada gabungan mereka.

PRK Rantau yang akan diadakan 13 April ini akan menyaksikan pertembungan empat penjuru. Selain Streram dan Mohamad, dua calon bebas turut bertanding iaitu R Malar dan Mohd Nor Yasin.


Tiada ulasan: