HALAMAN SANTAI

Rabu, 14 Ogos 2019

Adakah Malaysia Baru akan menjadi Malaysia Lama?


Pada bulan Oktober 1987, Dong Zong tidak berpuas hati dengan keputusan Menteri Pendidikan (Anwar Ibrahim) melantik 100 lebih penyelia dan penolong kanan bagi sekolah sekolah Cina atas alasan mereka tidak fasih berbahasa Mandarin.

Dong Zong, bersama Lim Kit Siang dan beberapa ahli DAP yang lain, bercadang untuk mengadakan tunjuk perasaan di KL. UMNO turut berhasrat untuk melakukan tunjuk perasaan besar-besaran sebagai bantahan kepada tindakan Dong Zong.

Dr M, yang ketika itu PM dan Menteri Dalam Negeri, dengan bantuan polis, mengarahkan Lim Kit Siang dan 100 lain ditangkap di bawah ISA dalam Operasi Lalang.

P.S. Selepas 32 tahun, kita ada isu berkenaan pendidikan sekolah Cina. Dong Zong tak puas hati dan dah masuk campur. Dr M pun dah panggil Dong Zong rasis. So, tunggu masa Operasi Lalang 2 berulang di bawah SOSMA. Ini Malaysia Baharu?
FB  DR. SHAMSHER SINGH THIND

Tiada ulasan: