Rakyat wajib taat setia kepimpinan Agong demi kemakmuran negara

BANGI
– Kegagalan memahami Perkara 153 Perlembagaan dengan konteks sejarah menjadi
punca kumpulan tertentu mempertikaikan kuasa-kuasa Yang di-Pertuan Agong, dalam
memelihara hak istimewa orang Melayu.
Khutbah
Jumaat hari ini berkata, sikap itu juga menyebabkan wujudnya segelintir pihak
yang sengaja melemparkan persepsi negatif terhadap institusi beraja, sehingga
berani menghina sultan di negara ini.
Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerusi khutbahnya berkata, antara tuduhan
liar yang dilemparkan termasuklah peruntukan yang didakwa membeza-bezakan
warganegara dan dianggap sebagai diskriminasi kepada kaum lain.
“Perkara
153 itu dibaca sebahagian sahaja. Ia juga tidak difahami dengan konteks
sejarah.
“Justeru,
sebagai rakyat yang telah berikrar untuk memberikan kesetiaan kepada raja dan
negara sepatutnya menyokong dan mempertahankan sistem kesultanan di negara
ini,” kata khutbah.
Sebagai
muslim yang berpegang teguh dengan manhaj Ahl al-Sunnah wal Jamaah, khutbah
berkata, umat Islam mesti meletakkan ketaatan kepada pemerintah dalam negara,
apatah lagi status Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama.
Katanya,
mentaati pemimpin itu juga termasuk mentaati Allah swt dan mentaati Rasulullah
, sebagaimana yang difirmankan dalam Surah al-Nisa ayat 59, “Wahai orang yang
beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada
Ulil-Amri dari kalangan kamu.”
“Jumhur
ulama menguatkan bahawa maksud ulil amri dalam ayat tersebut ialah para
pemerintah dan ulama yang memiliki autoriti dalam mengurus urusan kaum
muslimin, sama ada urusan dunia mahupun urusan agama.
“Hal
ini sebagaimana ditegaskan oleh Imam al-Nawawi, ‘ulil amri yang dimaksudkan
ialah orang-orang yang Allah SWT wajibkan untuk ditaati dari kalangan para
pemerintah dan pemimpin umat, inilah pendapat jumhur ulama terdahulu dan
sekarang iaitu dari kalangan ahli tafsir, fiqh, dan yang lainnya’,” katanya.
Khutbah
berkata, ketaatan itu diletakkan selagi mana tiada kecenderungan terhadap
kemaksiatan dan sesuatu yang bercanggah dengan syariat Allah SWT.
“Sebagai
rakyat pula, adalah wajib bagi kita menumpahkan sepenuh taat setia kepada
kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan
Agong bagi memastikan segala agenda pentadbiran dan kemakmuran dapat dicapai.
“Kita
juga pastinya menginginkan negara ini berkembang pesat dalam keadaan seluruh
rakyat hidup bahagia dan harmoni. Maka sepatutnya kita bersama-sama memelihara
keamanan dan kesatuan yang telah terbina dan meninggalkan sebarang usaha
negatif yang berhasrat merosakkan keharmonian ini,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan