Pertahan saudara seagama sebahagian akidah orang muslim

BANGI– Tindakan pihak tertentu menggesa Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad menghantar pulang pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik ke
negara asalnya seolah-olah seperti menghalau umat Islam secara keseluruhannya.
Exco
Penerangan Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Muslim Abdullah Zaik
berkata, mempertahankan dan menjaga saudara seagama adalah sebahagian daripada
akidah umat Islam, justeru ia perlu dihormati oleh semua pihak.
“Pemuda
Isma beranggapan bahawa menghalau Zakir Naik seolah-olah menghalau seluruh
orang Islam di Malaysia memandangkan umat Islam saling mempunyai ikatan akidah,
ukhuwah dan kesetiaan (wala’) sesama mereka.
“Sebagaimana
hadis Rasulullah ﷺ kaum muslimin adalah
umpama satu jasad. Jika salah satu anggota sakit, maka seluruh badan akan turut
merasa sakit,” katanya kepada Ismaweb.net hari ini.
Sebelum
ini, beberapa menteri Kabinet seperti Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo,
Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kula Segaran serta Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq
Syed Abdul Rahman menggesa kerajaan mengusir Zakir Naik.
Gesaan
itu atas dakwaan pendakwah antarabangsa dari India itu mempersoalkan kesetiaan
penganut Hindu di negara ini dan menyentuh perkara sensitif membabitkan
masyarakat berbilang etnik di sini.
Bagaimanapun
Zakir Naik semalam mendakwa ceramahnya di Kelantan baru-baru ini disalah tafsir
dan sengaja diputar belit pihak tertentu.
Beliau
dalam satu kenyataan berkata, pengkritik itu memetik kenyataannya di luar
konteks dengan tujuan mempolitikkan isu terbabit dan berniat jahat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan