Kadar pertumbuhan KDNK untuk Sabah telah jatuh dari 8.2%
Mengiku statistik dari Jabatan Perangkaan yang dikeluarkan minggu lepas, kadar pertumbuhan KDNK untuk Sabah telah jatuh dari 8.2% pada tahun 2017 kepada cuma 1.8% tahun lepas iaitu paling rendah sejak 10 tahun yang lalu.
Kadar pertumbuhan 1.8% adalah jauh di bawah purata pertumbuhan KDNK Malaysia sebanyak 4.7% tahun lepas.
Ini bermaksud Sabah semakin jatuh ketinggalan berbanding negeri-negeri lain
Dalam tempoh saya PM, tidak pernah kadar pertumbuhan Sabah rendah seperti kadar 1.8% ini kerana kerajaan dahulu gigih membangunkan Sabah untuk mengurangkan jurang ekonomi mereka dengan semenanjung Malaysia.
Buktinya ialah kadar pertumbuhan 8.2% bagi Sabah untuk tahun 2017 adalah tertinggi antara semua negeri di Malaysia masa itu.
Tapi jatuh teruk ke 1.8% selepas PRU14 pula.
Ini adalah satu kejatuhan yang amat besar dan membimbangkan.
Ini mungkin masa yang baik untuk kerajaan Sabah menuntut kerajaan pusat PH menunaikan janji manifesto mereka untuk mengembalikan royalti 20% minyak dan 50% hasil cukai.
Kalau dah janji, tunaikan sahaja.
Jangan biarkan Sabah ketinggalan lagi.
https://www.freemalaysiatoday.com/…/shafie-rosakkan-ekonom…/

Tiada ulasan:
Catat Ulasan