KEADILAN DAILY
Pakatan Harapan Selangor bermuafakat untuk terus melaksanakan agenda untuk rakyat dan negeri walaupun ada cubaan pihak tertentu untuk menggambarkan situasi sebaliknya di negeri itu.
Memetik kenyataan bersama Harapan
Selangor, empat parti dalam gabungan itu bersetuju bahawa kesentosaan,
ketenteraman serta kestabilan negeri perlu dipelihara demi rakyat.
“Pakatan Harapan Selangor mengulangi
tekad untuk memastikan negeri ini terus maju sebagai sebuah negeri
pintar terulung menjelang 2025, selain mengutamakan agenda memberdayakan
rakyat agar mampu mendepani segala cabaran yang mendatang, terutamanya
berkaitan pembangunan sosio-ekonomi negeri ini,” kenyataan itu dipetik.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas mesyuarat dwibulanan Harapan Selangor di kediaman rasmi menteri besar Selangor, semalam.
Kenyataan tersebut dipersetujui pengerusi
KEADILAN Selangor, Amirudin Shari; pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh
Deo; Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim; dan pengerusi Bersatu
Selangor Abdul Rashid Asari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan