Seorang lelaki warga Indonesia ditahan polis kerana
dipercayai menceroboh sebuah kuil di Ipoh, awal pagi ini, kata Timbalan
Ketua Polis Perak Lim Hong Shuan.
Katanya bertindak atas maklumat orang ramai, lelaki itu berjaya ditahan pada pukul 4.15 pagi oleh sepasukan polis dengan kerjasama orang awam di kawasan sekitar.
"Polis turut merampas sebatang sepana yang dipercayai digunakan oleh suspek," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Lim turut menasihati semua pihak supaya supaya tidak membuat sebarang kenyataan atau spekulasi tidak bertanggungjawab yang boleh menjejaskan siasatan polis.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan