Oleh Athirah Huda Zalhe
Kerenggangan perpaduan nasional kesan sikap tamak pemimpin

BANGI
– Amir Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman
meluahkan kebimbangan terhadap keadaan negara hari ini, kerana dilihat sedang
mengalami keretakan sosial yang teruk.
Walaupun
negara sudah mencapai kemerdekaan ke-62 tahun ini, beliau berkata, kerukunan
hidup masyarakat berbilang kaum semakin malap, bahkan menuju kemusnahan.
Malah,
beliau menyifatkan kepercayaan sesama anggota masyarakat di negara ini semakin
terhakis, sebaliknya hanya kebencian yang terus disemarakkan dalam kalangan
mereka.
“Ini
puncanya daripada acuan pembangunan masyarakat yang sejak awal sudah salah.
Bahkan, keadaan yang dilihat hari ini juga disebabkan tiada dasar integrasi
nasional yang jelas.
“Rakyat
dipisahkan oleh tembok perkauman yang kukuh, sehinggakan tiada lagi rasa hormat
antara satu sama lain,” katanya kepada Ismaweb.net, hari
ini.
Ustaz
Abdullah Zaik menegaskan, kerenggangan perpaduan nasional hari ini juga adalah
kesan daripada sikap tamak dalam kalangan pemimpin serta kelompok tertentu yang
‘gilakan kuasa’ tanpa mempedulikan kepentingan nilai kerukunan hidup bersama
dan kepentingan kaum lain.
“Ini
juga berpunca daripada wujudnya sekolah-sekolah jenis kebangsaan yang
memisahkan antara rakyat berbilang bangsa, yang melemahkan pelaksanaan dasar
serta integrasi nasional.
“Sebenarnya
apa yang dialami oleh negara kita sekarang amat berbahaya yang akan menjejaskan
perpaduan dan keselamatan negara,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan