HALAMAN SANTAI

Selasa, 4 Februari 2020

Abaikan PPSMI, selesaikan UEC

AHMAD MARZUK SHAARY




YAB Perdana Menteri harus membuka semula kertas kabinet tahun 2009 yang telah membuat keputusan muktamad untuk memansuhkan PPSMI. Saya sangat yakin keputusan kerajaan pada waktu itu adalah berasaskan kajian, pandangan awam dan juga dibahaskan di Dewan Rakyat. Keputusan tersebut adalah demi masa depan anak bangsa dan kemajuan negara.

Sekiranya YAB Perdana Menteri ingin mengembalikan semula dasar PPSMI, maka perlu disokong dengan dapatan kajian baharu bagi mengelakkan ‘flip flop policy’ yang akhirnya membantutkan perkembangan hala tuju pendidikan negara. Sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan, banyak isu berbangkit dalam sektor pendidikan gagal diselesaikan sehingga kemuncak peletakan jawatan Menteri awal tahun lalu.

Saya berpendapat dasar PPSMI tidak perlu dibangkitkan sekarang sebaliknya fokus kepada desakan DAP yang mengugut untuk meninggalkan kerajaan sekiranya tidak mengiktiraf UEC. Isu UEC jelas bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, Akta Pendidikan 1996 dan merobek keharmonian kaum. Tambahan lagi, keputusan untuk memperkenal tulisan Jawi tiga muka surat masih dibantah keras oleh Dong Zong sehingga hari ini.

Lebih mengeruhkan keadaan cadangan Pemangku Menteri Pendidikan yang juga YAB Perdana Menteri telah ditolak oleh komponen PH. Ia menunjukkan isyarat jelas PH tidak ‘solid’ untuk mengemudi negara ke arah yang lebih baik. Jika ini berlaku maka kestabilan negara akan tergugat. 
Sekian, terima kasih.

*AHMAD MARZUK SHAARY -Ahli Parlimen Pengkalan Chepa 
  – HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: