Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin
Jika naratif berjaya diangkat, jerit-perih askar terus dilupa

PEMIMPIN
dan rakyat Malaysia yang prihatin dan sensitif dengan perkembangan semasa
pastinya akan dapat menghidu cubaan untuk menghidupkan ideologi komunis dan
membawa naratif baru yang boleh mengubah sejarah negara.
Berdasarkan
pelbagai siri peristiwa yang berlaku tahun lalu yang seolah-olah mahu
mengangkat komunis sebagai pejuang kemerdekaan, dan bukannya pengganas.
Sekiranya naratif itu berjaya diangkat, ini bermakna jasa askar-askar dan
pasukan keselamatan yang berperang siang dan malam akan dilupakan.
Komunis
bukan sahaja terlibat dalam pembunuhan ribuan rakyat Malaysia dan anggota
keselamatan, bahkan juga terlibat dalam pembunuhan Ketua Polis Negara yang
ke-3, Tan Sri Abdul Rahman Hashim pada tahun 1974.
Berikut
adalah sebahagian daripada rentetan peristiwa :
1-
Ada pihak yang berniat jahat dengan menaikkan bendera Malaysia yang salah iaitu
bendera 5 bintang di majlis perasmian Kejohanan Bola Keranjang kali ke-28
(anjuran MABA – November 2019)
2-
Seorang tokoh perniagaan bergelar Tan Sri dikecam netizen apabila bertindak menukar
warna bendera Malaysia kepada jalur hitam berhubung isu pengenalan tulisan khat
(Ogos 2019).
3-
Majikan yang menggantung bendera terbalik bersempena dengan ambutan Hari
Kebangsaan dikecam orang ramai dan diminta tunjuk sebab kejadian yang berlaku
(Ogos 2019)
4-
Yew Yin, hartawan yang menghina ATM dan PDRM mempunyai agenda yang tersembunyi
(Ogos 2019).
5-
Ada pemimpin kanan DAP (NKM) yang mendakwa bahawa datuknya adalah wira negara
sedangkan mereka terlibat dengan kegiatan MPAJA dan perjuangan komunis (Ogos
2019).
6-
Abu mayat ketua pengganas komunis, Chin Peng telah dibawa masuk ke Malaysia
pada 16 September 2019 dan disambut oleh 150 individu di Ipoh Perak sebelum
ditaburkan ke laut berhampiran Lumut Perak dan di hutan Banjawan Titiwangsa (November
2019).
7-
Pendukung ideologi komunis cuba untuk mencipta naratif baharu termasuklah
dengan kenyataan yang mengguris hati rakyat Malaysia atas cubaan menulis semula
sejarah negara bagi mengangkat Chin Peng sebagai wira dan pejuang kemerdekaan
sebenar di negara ini.
8-
Seramai 300 orang individu yang terdiri daripada bekas ahli Parti Komunis
Malaya telah berkumpul menghadiri satu perhimpunan di Kolej Universiti New Era,
Kajang yang turut dihadiri oleh ADUN DAP Ronnie Liu (Dis 2019).
9-
Beberapa pimpinan PH berpendirian bahawa isu kepulangan abu mayat bekas
pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng ke Malaysia tidak seharusnya
dijadikan isu besar kerana kerajaan Malaysia sudah pun berdamai dengan PKM
menerusi Perjanjian Damai Hatyai pada 1989 (Dis 2019).
10-
Kor Risik Diraja (KKD) memantau sebarang isu yang menjadi ancaman kepada
keselamatan negara termasuk cubaan untuk menghidupkan semula ideologi komunis
(Disember 2019).
11-
Gerakan Reformasi Veteran Angkatan Tentera Malaysia percaya bahawa masih ada
individu dan kelompok tertentu yang cuba menyebarkan ideologi komunis dalam
kalangan masyarakat. Mereka mendesak kerajaan agar mengambil tindakan tegas
terhadap individu dan kumpulan yang terbabit dengan penyebaran ideologi
komunis.
Saya
berpandangan bahawa pihak kerajaan dan pihak berwajib perlu mengambil tindakan
tegas kepada sesiapa sahaja yang cuba menghidupkan kembali PKM ataupun ideologi
komunis.
Mari
bersama kita insafi perit-jerih bekas anggota keselamatan yang bertungkus-lumus
melawan komunis dan ahli keluarga mereka yang menjadi mangsa kezaliman komunis
di Tanah Melayu suatu ketika dahulu.
Andai
komunis diberikan pengiktirafan, maka sia-sialah perjuangan pihak keselamatan
yang merupakan wira sanggup berkorban nyawa dan mengalami kecacatan kekal
semata-mata untuk mempertahankan kedaulatan negara tercinta.
*Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin, Naib Presiden ISMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan