HALAMAN SANTAI

Ahad, 16 Februari 2020

Jangan jual rumah untuk untung segera, Azmin beritahu peneroka


Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali pada majlis 
penyerahan kunci Laman Hijau kepada peneroka di Kuala 
Selangor hari ini. (Gambar Bernama)
 
KUALA SELANGOR: Penerima rumah Laman Haris yang terdiri daripada peneroka Rancangan Revolusi Hijau peringkat ll dan lll dinasihat supaya tidak mengambil langkah pendek dengan menjual rumah berkenaan kepada pihak ketiga bagi mendapatkan keuntungan segera, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali.


Kata Azmin, rumah yang dimiliki secara percuma oleh 987 peneroka Rancangan Revolusi Hijau ll dan lll itu akan meningkat harganya setelah semua infrastruktur di kawasan berkenaan disiapkan oleh pemaju, Eco World Development Group Berhad.

“Pemaju akan membina pelbagai kemudahan untuk para penduduk di sini antaranya sekolah rendah, dewan dan rumah ibadah seperti surau dan saya ingin nasihatkan para peneroka yang terima rumah ini secara percuma, jangan jual rumah ini.

“Mengikut harga pasaran, rumah ini dianggarkan bernilai lebih RM500,000, tetapi adalah sukar untuk mendapat rumah di tempat lain dengan harga ini yang lengkap dengan kemudahan seperti di sini,” katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan kunci rumah Laman Hijau kepada para peneroka berkenaan di sini hari ini.

Turut hadir ke majlis berkenaan, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan pengerusi Eco World Development Group Berhad, Liew Kee Sin.

Peneroka berkenaan menerima rumah itu sebagai pampasan terhadap tanah mereka yang dimajukan sebagai kawasan perumahan, selain turut menerima pampasan wang tunai berjumlah RM180,000 setiap seorang.

Tambah Azmin, majlis serahan rumah berkenaan merupakan simbol bahawa kerajaan negeri berjaya menyelesaikan isu projek perumahan yang terbengkalai selama kira-kira 20 tahun.

“Ini menunjukkan bila kerajaan, pemaju dan masyarakat bekerjasama dengan meletakkan kepentingan rakyat di tempat teratas isu akan dapat diselesaikan dengan segera,” katanya.

Pada 2018 isu melibatkan peneroka berkenaan menjadi tumpuan sehingga menyebabkan beberapa individu direman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan kes penjualan tanah kira-kira 880 hektar itu pada harga RM1.18 bilion kepada pemaju swasta.

Tanah itu pada 1998 dibeli oleh 2 syarikat, LBCN Development Sdn Bhd dan Mujur Zaman Sdn Bhd, namun diambil semula kerajaan negeri pada 2008 mengikut Kanun Tanah Negara berikutan pelanggaran syarat dan terma perjanjian.

Sementara itu, pengerusi Jawatankuasa Bertindak Projek Terbengkalai Amalm Mutiara, Umar Ali Bashah, 68, menzahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih apabila hasil penat lelahnya dan penantian selama kira-kira 20 tahun membuahkan hasil hari ini.

“Hari ini kami akhirnya terima rumah yang telah ditunggu sekian lama, tetapi adalah sedikit menyedihkan kerana kira-kira 370 rakan peneroka yang lain tidak sempat merasa rumah ini kerana telah meninggal dunia.

Tiada ulasan: