Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, percaya bahawa ada
pihak merancang "konspirasi dan plot" tertentu mereka melancarkan
"torpedo" ke arah PH sebelum pemimpin utama parti dalam kerajaan bertemu
pada 21 Feb ini.
"Ini konspirasi pembangkang dan plot untuk (melancarkan) torpedo ke arah kerajaan PH sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-15 sudah tersalah baca watak dan komitmen pemimpin kerajaan untuk menetapkan semula dasar pembangunan negara iaitu membangunkan keupayaan rakyat dan memanfaatkan empat tamadun besar yang bertemu di sini agar negara menjadi kelas dunia, sekali gus mengakhiri trajektori Malaysia sebagai negara kleptokrat, penyangak dan gagal," kata Lim.
Lim berkata demikian sebagai merujuk kepada kenyataan Presiden PKR, Anwar Ibrahim, mengenai plot yang dikatakan cuba mengganggu peralihan kuasa di antara ahli parlimen Port Dicson itu dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Bagaimanapun, Anwar berkata Mahathir bukan sebahagian daripada rancangan untuk menggagalkan pelan peralihan kuasa itu.
Menurut Anwar, spekulasi peralihan akan "dimuktamadkan" apabila majlis presiden PH bertemu Jumaat depan.
Cubaan untuk menghalang peralihan kuasa itu pertama kali diumumkan oleh Sarawak Report
yang mendakwa bahawa sejumlah besar anggota parlimen menandatangani
akuan bersumpah (SD) untuk menyokong Mahathir kekal sebagai perdana
menteri sehingga parlimen dibubarkan sekali lagi.
PAS juga telah bertindak dengan berjanji untuk menggerakkan keyakinan untuk Mahathir untuk berkhidmat dalam jawatan penuh dalam sidang Dewan Rakyat yang akan bermula pada 9 Mac.
Lim berkata PH komited untuk memperbaiki kesalahan dilakukan kerajaan lalu untuk memperbaiki kehidupan rakyat Malaysia.
"Kami komited untuk mencapai pemulihan dalam semua aspek kehidupan di Malaysia supaya dapat mencapai matlamat untuk melihat Malaysia yang bersatu, harmoni, adil, demokratik, progresif dan makmur, yang menjadi negara kelas dunia.
"Marilah kita bersama-sama menjadikan persidangan parlimen kali ini sebagai pertemuan yang paling penting - bukan sahaja dalam sejarah kerajaan PH yang 22 sudah memerintah selama bulan,
malah dalam sejarah negara - dengan melaksanakan sebanyak mungkin janji PH untuk Malaysia baru pada PRU ke-14 lalu," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan