HALAMAN SANTAI

Jumaat, 7 Februari 2020

Perkukuh Kekuatan UMNO… Jangan Berikan Dap Peluru Lagi – Armand



KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah mengingatkan bahawa konflik yang berpanjangan akan menyebabkan penyokong Dap merasa gembira jika perpecahan dan perpaduan bumiputera Melayu Islam tergadai.

Katanya, janganlah menambahkan lagi kekusutan kepada seluruh ahli UMNO yang semangatnya sedang membangun kerana kekuatan UMNO itu dari akar umbi.

“Saya mohon jangan berikan puak Dap ini peluru untuk menambahkan lagi kekuatan mereka bila kita dilihat kembali retak.

“Agenda utama Dap kini semakin dekat, tangan ajaibnya kini tersenyum dan melihat ia berjaya sekali lagi hendak memecahkan penyatuan ummah Muafakat Nasional,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Justeru Armand yang juga Ketua UMNO Bahagian Subang menegaskan bahawa tepuklah dada dan tanya pada diri, adakah kita suka dan tidak nampak apa-apa yang berlaku kini?

“Jawapannya ada pada diri kita… adakah kita nak diamkan sahaja kemaraan Dap dalam lanskap politik negara? Adakah kita sanggup lihat Dap terus memecah belahkan lagi kepentingan negara khususnya kepentingan Bumiputera Islam?

“Kalau kita sanggup… sama-samalah kita biarkan sahaja Dap meratah negara selama tiga tahun didepan mata. Teruskan berbalah sesama kita untuk memberikan kekuatan pada mereka… atau kita ikut cara baginda Rasulullah SAW iaitu kasih sayang dan muafakat pengukuhan sesama kita.

“Ingat peristiwa piagam Madinah… jadikan ia sebagai contoh,” tegasnya. – UMNO ONLINE

Tiada ulasan: