Afiq Ariffin
Ahmad Zahid Hamidi secara rasminya menyertai TikTok! -Foto
ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
MUNGKIN sesetengah orang berasakan bahawa aplikasi TikTok tidak sesuai untuk individu atau golongan yang lebih berusia.
Namun,
perkara itu tidak menjadi batu penghalang bagi Presiden UMNO, Datuk
Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kini secara rasminya turut menyertai
TikTok!
Berita itu dikongsikan beliau menerusi satu muat naik video di laman Instagram peribadinya pada lewat petang Jumaat.
“Assalamualaikum dan selamat malam kepada sahabat maya semua.
“Saya kini sudah mempunyai akaun #TikTok.
“Sila
follow akaun saya https://vt.tiktok.com/ZSWMY9uu/ dan saya akan follow
anda kembali. Terima kasih,” tulis Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.
Sehingga artikel ini ditulis, hanya dua video TikTok sahaja yang muat naik Ahmad Zahid di aplikasi tersebut.
Ahmad
Zahid bukanlah figura politik yang pertama mempunyai akaun TikTok.
Sebelum ini, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut
menyertai aplikasi itu.
Malah, bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga mempunyai akaun TikTok dengan lebih 286,000 pengikut.
TikTok
sangat popular dalam kalangan pengguna muda kerana membolehkan mereka
membuat video pendek di mana mereka dapat memasukkan elemen seperti
potongan lagu atau dialog dari filem.
Mereka juga dapat menambahkan pelbagai ‘kesan khas’ dan filter pada video berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan