HALAMAN SANTAI

Khamis, 24 Disember 2020

Ku Li ‘malu’, ‘aneh’ Zahid sertai Majlis Presiden PN

Tengku Razaleigh Hamzah.

KAJANG: Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah ‘malu’ dan ‘aneh’ Presiden Zahid Hamidi yang bersetuju menyertai Majlis Presiden Perikatan Nasional (PN), kerana UMNO bukan parti komponen gabungan itu.

“Di dalam anggota parti yang menyertai PN hanyalah PPBM dan PAS. Kenapa Umno sertainya?” katanya pada sidang media selepas forum anjuran Majlis Profesor Negara.

“Kita hanya membenarkan beberapa ahli Parlimen terpilih menjadi menteri untuk menstabilkan situasi krisis politik yang sedang kita hadapi masa ini. Bukan selama-lamanya.”

Majlis Presiden PN dianggotai semua ketua parti dalam kerajaan sebagai wadah memperkukuh kerjasama antara parti.

Menjawab pertanyaan pemberita tentang desas-desus beliau akan diminta tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15, Ahli Parlimen Gua Musang ini berkata terpulang kepada parti.

Tiada ulasan: