Harits Asyraf Hasnan
Antara
klausa yang dicadangkan di dalam AIP adalah Ahli Parlimen yang
melompat
parti perlu meletak jawatan bagi diadakan pilihan raya baharu.
- Gambar
hiasan
KUALA LUMPUR:
Keazaman serta kesungguhan para pemimpin serta parti politik di negara
ini dilihat tidak jelas dalam usaha merealisasikan penggubalan Akta
Integriti Pilihan Raya (AIP) dan Akta Pembiayaan Politik (APP).
Presiden
Majlis Belia Malaysia (MBM) Jufitri Joha berpendapat, peralihan
kerajaan pada penghujung Februari lalu turut menyebabkan usaha itu
terbantut.
"Secara
jelas kita lihat tidak ada kesungguhan politik untuk memastikan
kedua-dua akta ini direalisasikan atau diwartakan secepat mungkin.
"Kita
mengharap dan menggesa kerajaan semasa pimpinan Tan Sri Muhyiddin
Yassin, di mana saya yakin sekiranya kerajaan serius melaksanakan
kedua-dua akta ini, keyakinan terhadap sistem demokrasi dan kepimpinan
beliau akan naik.
"Kalau
kita lihat, draf terakhir APP telah pun diserahkan kepada Parlimen
untuk diteliti oleh jawatankuasa khas dan apabila berlaku pertukaran
kerajaan, ia tergendala dari perancangan asal, yang sepatutnya
dibentangkan pada Mac 2020," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI.
Tambah beliau, sekiranya kepimpinan Muhyiddin berjaya menggubal dua akta itu, ia bukan sahaja akan menjadi perbatuan politik (political mileage) kepada Muhyiddin, malah memberi mengembalikan keyakinan rakyat, terutama belia, kepada sistem demokrasi negara.
"Pertama,
kembalikan kestabilan politik. Kedua, elak gejala lompat parti yang
akan sebabkan ketidakstabilan kepada politik negara.
"Ketiga,
apa yang penting adalah untuk kembalikan keyakinan dan kepercayaan
rakyat, khususnya belia, terhadap sistem demokrasi di Malaysia yang kita
lihat merosot," ujarnya.
Menurut
Jufitri, penggubalan AIP dan APP perlu diwartakan sebelum Pilihan Raya
Umum Ke-15 lantaran situasi mendesak ketika ini berkaitan
ketidakstabilan politik.
Antara klausa
yang dicadangkan di dalam AIP adalah Ahli Parlimen yang melompat parti
perlu meletak jawatan bagi diadakan pilihan raya baharu selain menyemak
model-model akta di negara lain yang mempunya akta seumpamanya seperti
di New Zealand.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan