Irwan Muhammad Zain
Mohd
Puad berkata, BN perlu lebih tegas melalui Kelab Penyokong
Ahli
Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) jika kerajaan PN masih berdolak
dalik
untuk menyelesaikan dua perkara utama yang dituntut pada
Belanjawan 2021
itu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menggesa ahli
parlimen Barisan Nasional (BN) melakukan tindakan berani dengan menarik
semula sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Mohd
Puad berkata cadangan beliau itu susulan kegagalan kerajaan dipimpin
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengotakan janji.
Ini
terutamanya dalam mempermudahkan pengeluaran i-Sinar Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP) dan pemberian enam bulan moratorium secara
automatik.
"Betul, MP akan
dipertanggungjawabkan. Mereka sahaja yang boleh mengundi. Harga seorang
MP memang mahal. Lebih mahal jika mereka melakukan “keberanian politik”.
"Justeru apa langkah seterusnya yang boleh dilakukan?
"Tarik sahaja sokongan daripada Muhyiddin sebagai PM. Nampak macam kamikaze. Tetapi apa salahnya, demi rakyat.
"Mungkin
tidak semua MP BNBBC sanggup. Lima tarik sokongan pun Alhamdulillah.
Tiga pun ok. Gunakan hati nurani," katanya menerusi Facebook miliknya,
pada Khamis.
Menurut bekas Ketua Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) itu, rakyat masih terbelenggu dengan
kriteria kategori kedua pengeluaran i-Sinar KWSP manakala pemberian
moratorium automatik hanya diberi kepada golongan B40, M40 dan peniaga
kecil.
Justeru, Mohd Puad berkata, BN
perlu lebih tegas melalui Kelab Penyokong Ahli Parlimen Barisan Nasional
(BNBBC) jika kerajaan PN masih berdolak-dalik untuk menyelesaikan dua
perkara utama yang dituntut pada Belanjawan 2021 itu.
"Datuk
Seri Najib Pengerusi BNBBC berkata, akan terus menuntut kerajaan PN
menepati janji sehingga dua isu ini diselesaikan sepenuhnya.
"Najib
jelaskan, Bajet terpaksa disokong kerana tinggal dua minggu lagi
sebelum tahun 2021 bermula. Jika bajet tidak lulus kerajaan sukar
berfungsi untuk tempoh dua minggu lagi.
"Tetapi
menurut Najib, jika tiada perubahan dan kerajaan PN terus berdolak
dalik selepas satu tempoh yang munasabah, BN masih ada cara untuk
bertindak," katanya.
Belanjawan 2021
diluluskan Dewan Rakyat pada 15 Disember lalu selepas undi belah
bahagian dilakukan dengan 111 undi menyokong manakala 108 menolak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan