Astro Awani
Felo
penyelidik Policy Research Group (PRG), Nashril Abaidah berkata,
cadangan itu seiring usaha -political reset- yang diusahakan beberapa
Ahli
Parlimen pembangkang ketika ini. -Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR:
Kerajaan dan pembangkang disaran mempertimbangkan usaha untuk
menginstitusikan Kabinet bayangan di peringkat Dewan Rakyat sebagai
usaha mengukuhkan amalan demokrasi di negara ini.
Felo
penyelidik Policy Research Group (PRG), Nashril Abaidah berkata,
cadangan itu seiring usaha “political reset” yang diusahakan beberapa
Ahli Parlimen pembangkang ketika ini.
Bagaimanapun,
jelas beliau, cadangan berkenaan hanya boleh direalisasikan sekiranya
wujud iltizam politik yang tinggi untuk menubuhkan dan mengiktiraf
Kabinet bayangan selaras dengan amalan demokrasi berparlimen.
“Kewujudan Kabinet bayangan secara sah sudah lama dinafikan.
“Sudah
tiba masanya kerajaan mewujudkan sistem ini secara rasmi bagi
membolehkan pembangkang memainkan peranan lebih penting dalam sistem
demokrasi negara.
“Kerajaan dan
pembangkang yang komited terhadap prinsip demokrasi akan memahami
perlunya semak dan imbang, dan kewujudan sistem ini boleh menyuburkan
lagi demokrasi Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, di sini pada
Jumaat.
Terdahulu, Institut Demokrasi dan
Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) mengesa pembangkang agar membentuk sebuah
Kabinet bayangan dan memberikan tumpuan kepada pembangunan dasar yang
lebih baik untuk rakyat Malaysia.
Namun,
Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil berkata
Pakatan Harapan (PH) buat masa ini tidak perlu mewujudkan Kabinet
bayangan bagi proses semak dan imbang kerajaan Persekutuan pimpinan
Perikatan Nasional (PN).
Sebaliknya,
jelas beliau, Ahli Parlimen PH telah diberi portfolio tertentu untuk
memberi fokus kepada subjek spesifik dibangkitkan di Dewan Rakyat.
Mengulas
lanjut, Nashril berkata kenyataan bahawa PH tidak memerlukan Kabinet
bayangan disifatkan sebagai gagal mencerminkan semangat yang mendokong
demokrasi berparlimen.
Katanya lagi, isu
asas Kabinet bayangan bukan untuk PH semata-mata, sebaliknya ia perlu
bagi menyuburkan demokrasi selaras dengan amalan Westminster.
Selain itu, Nashril berpandangan kegagalan untuk mewujudkan Kabinet bayangan sebelum disebabkan kekurangan dana dan maklumat.
“Ini kerana Kabinet bayangan bukanlah satu institusi yang diiktiraf sebagai sebuah institusi rasmi.
“Ketika ini hanya jawatan Ketua Pembangkang sahaja yang diiktiraf.
“Buat
masa ini, Kabinet bayangan sukar untuk berfungsi berikutan kekurangan
dana dan maklumat yang diperlukan anggota Kabinet bayangan untuk
menjalankan tugas dengan berkesan.
“PRG
percaya beberapa usaha untuk menjayakan Kabinet bayangan (secara tidak
rasmi) sebelum ini juga gagal kerana kekurangan sumber,” ujar beliau.
Justeru,
perkara itu katanya, menyebabkan tidak wujud sistem semak dan imbang
yang mantap serta perdebatan yang berkualiti di Dewan Rakyat kerana
maklumat dimonopoli oleh satu pihak sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan