HALAMAN SANTAI

Jumaat, 26 Mac 2021

Jangan beza pendapat dalam UMNO timbulkan kabilah – Zahid

Wartawan MalaysiaGazette
MG081219_PERHIMPUNAN-AGUNG-KIMMA16
Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi.

KUALA LUMPUR – Jangan kerana perbezaan pendapat  sehingga menimbulkan kabilah.

Itu pesanan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelang Perhimpunan Agung UMNO esok.

Beliau mahu ahli-ahli parti belajar bagaimana sejarah tumbangnya kerajaan zaman lampau dan memperbaiki kelemahan yang ada.

“Saudara saudari, munajat UMNO kerana sebuah perjuangan. Percayalah, orang yang dizalimi Allah tidak pernah menolak doanya.

“Biar apapun yang menerjah, berikanlah perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat. Rakyat amat merindui perkhidmatan UMNO dan BN. Lawan kita tidak pernah kuat. Kita tewas kerana kita sendiri lemah dan berpecah,” katanya dalam Facebooknya hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, biar apa pun yang menerjah, berikanlah perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat.

“Rakyat amat merindui perkhidmatan UMNO dan BN (Barisan Nasional). Lawan kita tidak pernah kuat. Kita tewas kerana kita sendiri lemah dan berpecah,” ujarnya.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: