Tetapi pada masa sama kata bekas Perdana Menteri itu, Muhyiddin tidak boleh menggunakan darurat untuk terus berkuasa.
“Mungkin mereka (pembangkang) tidak (menjadi kerajaan). Tetapi adalah salah bagi Muhyiddin menggunakan keadaan darurat untuk kekal sebagai perdana menteri,” katanya dalam dialog dengan Majlis Profesor Negara petang ini.
Dr. Mahathir berkata demikian ketika ditanya sama ada pembangkang boleh berkuasa jika Perikatan Nasional (PN) tidak lagi mempunyai majoriti.
Kenyataan Dr. Mahathir itu muncul beberapa jam selepas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa bahawa PN tidak memiliki majoriti untuk mengurus negara ini, “hingga terpaksa membeli beberapa anggota parlimen.”
Anwar mengatakan demikian setelah Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong keluar dari PKR dan berjanji akan menyokong Muhyiddin.
Semalam, Muhyiddin menegaskan dia memiliki majoriti, dengan
mengatakan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) pentadbirannya
telah disetujui sebanyak 27 kali. SM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan