Isabelle Leong

ANWAR:
Apabila Yang di-Pertuan Agong memberikan pandangan begitu,
bermakna ia
memberikan gambaran yang jelas bahawa pandangan kerajaan
itu tidak tepat
untuk menggantung Parlimen. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Ahli-ahli Parlimen daripada blok pembangkang berpandangan bahawa titah
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah
Shah berhubung penggantungan Parlimen memberikan gambaran yang jelas
bahawa tindakan kerajaan adalah tidak tepat.
Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebelum ini, Seri Paduka
Baginda sudah menzahirkan pandangan bahawa darurat yang diisytiharkan
tidak bermakna sidang Parlimen perlu digantung.
“Jadi
cara kami melahirkan bantahan kami kepada keputusan penggantungan
Parlimen walaupun Yang di-Pertuan Agong telah memberikan pandangan
bahawa darurat ini tidak bermakna sidang Parlimen boleh digantung.
“Jadi, (kami) hanya menunggu keputusan Perdana Menteri.
“Kalau
kami tahu dalam kaedah Perlembagaan dan institusi negara kita, bahawa
apabila Yang di-Pertuan Agong memberikan pandangan begitu, bermakna ia
memberikan gambaran yang jelas bahawa pandangan kerajaan itu tidak tepat
untuk menggantung Parlimen,” katanya.
Beliau
berkata demikian menerusi satu entri di laman Facebook rasminya selepas
mengadakan mesyuarat bersama ahli-ahli Parlimen pembangkang pada Isnin.
Dalam
perkembangan berkaitan, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan
berkata mesyuarat juga membuat keputusan untuk terus membantah
pengisytiharaan darurat kerana tiada asas yang munasabah, terutamanya
penggantungan Parlimen.
Beliau menyifatkan penggantungan Parlimen menjadikan Malaysia seolah-olah sama dengan Myanmar.
“Jadi
apabila perdana Menteri menegur Myanmar, sepatutnya Myanmar juga boleh
tegur perdana Menteri kerana tidak mempunyai sebab yang munasabah untuk
menggantung Parlimen,” katanya lagi.
Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong menerusi satu kenyataan Istana Negara berpandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuatkuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai atas nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan