Vivi Sumanti

Ketetapan
UMNO Kelantan memutuskan hubungan dan kerjasama dengan
Bersatu dibuat
berdasarkan usul yang diluluskan dalam 12 mesyuarat
perwakilan Bahagian
daripada 13 Bahagian yang bermesyuarat semalam.
KOTA BHARU:
Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan sekali lagi mengulangi pendirian
memutuskan hubungan dan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(Bersatu).
Ketetapan tersebut dibuat
berdasarkan usul yang diluluskan dalam 12 mesyuarat perwakilan Bahagian
daripada 13 Bahagian yang bermesyuarat semalam.
Menurut
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri, Akhbar Salim, mesyuarat ahli
badan perhubungan parti negeri itu dihadiri oleh 12 daripada 13 Bahagian
setelah Bahagian Tanah Merah digantung.
Mesyuarat
tersebut, kata beliau, mengambil keputusan antara lain terus mendokong
institusi presiden dan menyokong kepimpinan Datuk Seri Ahmad Zahid
Hamidi sebagai Presiden parti.
Dalam
kenyataan media yang diedarkan, Akhbar memaklumkan, mesyuarat juga
sepakat untuk meminta parti Pas membuat keputusan yang jelas dan segera
sama ada akan bersama UMNO atau menyertai Bersatu dalam menghadapi
Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Sementara
itu, Akhbar juga berkata, pendirian UMNO Bahagian Ketereh yang membuat
usul menyokong kerajaan Perikatan Nasional yang dihantar kepada Presiden
merupakan kes terpencil kerana tidak melalui Badan Perhubungan UMNO
Negeri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan