HALAMAN SANTAI

Sabtu, 27 Mac 2021

Wanita setia, susah lompat parti – Noraini

MGF_27032021_PERHIMPUNAN-AGUNG-UMNO_09
Skuad Sayang 3K Wanita UMNO Malaysia mengaminkan doa pada Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto SYAFIQ AMBAK

KUALA LUMPUR – “Wanita-wanita ini setia, susah untuk lompat parti. Yang melompat ini majoritinya lelaki. Saya minta sangatlah kepada presiden parti, tengok-tengoklah wanita ini.”

Itu kata Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad  ketika menyampaikan ucapan dasarnya dalam Perhimpunan Agung Wanita UMNO, di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Noraini menegaskan, ia susulan calon wanita yang memenangi pilihan raya lalu lebih setia berbanding calon lelaki yang ramai meninggalkan parti dan menyertai parti pemerintah.

Dalam pada itu, beliau juga berkata, sejarah membuktikan bangun jatuhnya UMNO bukan sahaja dibangunkan atas keringat dan perjuangan lelaki sahaja, tetapi juga air mata dan gelang emas wanita Melayu sejak tahun 1946.

“Siapa tidak kenal, Skuad Sayang yang tiada tandingannya. Tidak ada mana-mana gerakan yang sepantas Skuad Sayang. Turun, naik, redah, daki, dan namakan apa saja, demi rakyat, wanita kuburkan semua alasan.

Tiada ulasan: