PETALING JAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyifatkan dakwaan kononnya 25 ahli Parlimen UMNO hilang kepercayaan terhadap diri beliau sebagai karut.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahmad Zahid secara sinis turut menyifatkan dakwaan tersebut bagaikan cerita kartun.
“Hilang kepercayaan kepada MP lain ? Cerita kartun,” katanya di sini hari ini.
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mendakwa 25 ahli Parlimen termasuk dirinya hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Ahmad Zahid sebagai Presiden UMNO.
Menurut Mohamed Nazri, tindakan tersebut dibuat selepas Ahmad Zahid dikatakan mengemukakan surat sokongan ahli Parlimen parti itu bagi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ketika sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, baru-baru ini.
Susulan itu, Mohamed Nazri bersama 24 ahli parlimen lain membuat sokongan kepada Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein agar Menteri Luar itu diberi mandat berurusan dan membuat keputusan bagi pihak mereka jika dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong. – UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan