Astro Awani

Azalina berkata, keutamaan sekarang adalah rakyat serta negara, dan politik perlu diketepikan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said
mencadangkan penubuhan ‘kerajaan darurat’ dalam masa terdekat, berikutan
keadaan COVID-19 di Malaysia yang semakin meruncing.
Menurutnya,
'kerajaan darurat' tidak semestinya dianggotai ahli politik sebaliknya
jawatan dalam kerajaan itu boleh diisi individu berkelayakan dan
mempunyai kepakaran yang boleh dimanfaatkan.
Tegasnya,
semua parti politik harus bekerjasama untuk merealisasikan perkara itu
kerana keutamaan sekarang adalah rakyat dan negara, dan politik perlu
diketepikan.
“'Kerajaan darurat' tidak semestinya orang politik. Semua boleh jadi asalkan orang yang berkelayakan.
"Ia juga boleh dipimpin oleh pakar-pakar yang mana boleh membawa kepada keselamatan rakyat dan negara,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Webinar Bersih 2.0 dan Sinar Harian bertajuk ‘Mengapa Parlimen Perlu Bersidang Semasa COVID-19’.
Ahli
panel lain yang mengambil bahagian dalam webinar dikendalikan Profesor
Wong Chin Huat itu ialah Ahli Parlimen Subang, Wong Chen.
Dalam
pada itu, kata Azalina, sekiranya Parlimen dibuka dan persidangan
dilakukan secara fizikal atau maya, ia dilihat tidak mengganggu usaha
kerajaan memerangi COVID-19.
“Parlimen
dapat membantu kerajaan dalam menangani isu pandemik kerana dapat
membantu dari aspek pengurangan kes positif selain meningkatkan
kefahaman rakyat berkaitan wabak itu.
“Saya
lihat pembukaan Parlimen akan membantu. Kita sebagai ahli Parlimen,
semua permasalahan termasuk COVID-19, rakyat akan tanya kepada kita.
Bila Parlimen dibuka, ia akan membantu kefahaman rakyat,” ujarnya.
Katanya lagi, beliau sentiasa berpegang kepada prinsip di dalam Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.
“Ia jelas mengatakan bahawa jemaah menteri bertanggungjawab secara bersama dalam Parlimen,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan