Astro Awani
Sebelum
ini, MKT UMNO mengumumkan penangguhan pemilihan parti selama 18 bulan
bermula pada 7 Julai lalu. - Gambar hiasan/Astro AWANI
KUALA LUMPUR:
Peguam Aktivis dan Politik, Rizal Abdullah mendakwa jawatan Majlis
Kerja Tertinggi (MKT) UMNO tidak lagi sah selepas 30 Jun 2021 kerana
sudah cukup tiga tahun pelantikannya.
Pandangan
itu disuarakan di sebalik kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri
Ahmad Maslan yang mendakwa MKT parti itu masih sah pada Sabtu.
Tegas Rizal, bukan sahaja kuasa MKT sudah tiada bahkan kuasa Setiausaha Agung parti itu juga boleh dipersoalkan.
“MKT,
tempohnya dah tamat pada 30 Jun baru-baru ini, cukup tiga tahun sebab
kalau berpandukan kepada Perlembagaan UMNO sendiri, Fasal 9.3, jawatan
UMNO temasuk MKT hendaklah dipilih dalam Mesyuarat Perwakilan Bahagian
setiap tiga tahun sekali.
“Perkataan
di sini ialah “hendaklah”, ia bukan pilihan, anda kena buat. Jika tamat
tempohnya, tiada peruntukan langsung (dalam Perlembagaan UMNO) bahawa
mereka masih boleh memegang jawatan walaupun sebagai caretaker.
“Ini
termasuk jawatan Setiausaha Agung sendiri di bawah fasal 9.6. fasal 9.6
Perlembagaan UMNO menyatakan Setiausaha Agung pun tempoh dia berjawatan
adalah sama dengan MKT,” katanya kepada Astro AWANI.
Justeru,
katanya, sekiranya MKT sudah tidak berjawatan dan tidak berkuasa, kuasa
Setiausaha Agung juga boleh menjadi tanda tanya.
Pandangan
hampir sama juga disuarakan seorang lagi peguam Syed Khaled Syed Taha
yang menyatakan surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS)
jelas menyatakan pelantikan MKT UMNO tamat pada 30 Jun lepas.
“RoS
adalah penentu dalam isu-isu pertubuhan dalam negara. Surat dikeluarkan
RoS adalah jelas mengatakan bahawa MKT, sesi pada tahun ini telah
tamat. Oleh kerana itu, penangguhan diminta atau diputuskan MKT adalah
tidak sah.
“Pihak
RoS juga telah mengarahkan pemilihan dilakukan secepat mungkin. Saya
berpendapat kenyataan pihak RoS lebih patut diguna pakai (daripada
kenyataan UMNO. Namun dalam Akta Pertubuhan 1966, UMNO boleh
mengemukakan rayuan kepada pihak pendaftar untuk menjelaskan pendirian
mereka.
“Jikalau pihak pendaftar
bersetuju dengan alasan diberikan, mereka boleh bersetuju untuk
‘menghalalkan’ penangguhan tersebut,” ujarnya.
Sebelum ini, MKT UMNO mengumumkan penangguhan pemilihan parti selama 18 bulan bermula pada 7 Julai lalu.
Bagaimanapun,
pada Jumaat, Ketua Pengarah RoS Jasri kasim menjelaskan penangguhan itu
tidak sah kerana tempoh pemegang jawatan MKT bagi penggal 2018/2021
telah tamat pada 30 Jun 2021.
Begitupun,
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mendakwa penangguhan
Pemilihan UMNO telah dimaklumkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
(RoS) pada 24 Jun 2021.
Beliau berkata,
keputusan itu yang dibuat berdasarkan Fasal 10.16 Perlembagaan UMNO
dimuktamadkan selepas mengambil kira pandangan RoS sendiri selain
Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan