Astro Awani
Majlis
Presiden PH dalam satu kenyataan mendakwa, situasi serupa pernah
berlaku kepada Ahli-ahli Parlimen pembangkang sebelum ini. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat dan
mengambil tindakan serius terhadap pihak yang didakwa cuba menawarkan
habuan serta jawatan kepada Ahli Parlimen bagi memberi sokongan kepada
kerajaan.
Majlis Presiden Pakatan Harapan
(PH) dalam satu kenyataan mendakwa, jika SPRM gagal berbuat demikian,
ia hanya membuktikan kebenaran dakwaan agensi kerajaan diperalatkan
sebagai senjata politik dan bukannya mendaulatkan undang-undang.
"SPRM
perlu mengambil tindakan secara serius, memandangkan kejadian-kejadian
serupa pernah berlaku kepada Ahli-Ahli Parlimen pembangkang sebelum
ini," kata kenyataan berkenaan.
Kenyataan
itu dikeluarkan atas nama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim;
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung
DAP, Lim Guan Eng.
Dalam pada itu,
mereka menzahirkan rasa gusar dan mengutuk usaha pihak tertentu
menawarkan habuan dan jawatan kepada sekurang-kurangnya tujuh Ahli
Parlimen termasuk Ahli Parlimen Rasah, Kota Melaka, Ipoh Barat, Kulim
Bandar Baharu, Setiawangsa, Kuala Kedah dan Alor Setar, bagi memberi
sokongan kepada kerajaan.
Mereka turut
mendakwa, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah kehilangan
majoriti dan masih enggan meletakkan jawatan berdasarkan Perkara 43(4)
Perlembagaan Persekutuan.
"Oleh itu
sesiapa yang cuba merasuah Ahli-ahli Parlimen pembangkang mahupun yang
telah menarik sokongan terhadap Muhyiddin bukan sahaja melakukan satu
kesalahan, tetapi juga membolehkan Perdana Menteri yang tiada keabsahan
mahupun majoriti untuk kekal berkuasa sambil rakyat terus merana.
"Muhyiddin
perlu segera meletakkan jawatan atau memanggil sidang khas Parlimen
sekarang untuk membahas dan memutuskan usul undi percaya dalam masa
terdekat.
"Jangan menggunakan masa
sehingga September untuk 'membeli' sokongan dengan pelbagai taktik yang
tidak bermaruah dan menyalahi undang-undang," kata mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan