HALAMAN SANTAI

Jumaat, 13 Ogos 2021

Muhyiddin belum sedia letak jawatan, dakwa mahu sekat ‘kleptokrat’

PETALING JAYA: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin belum sedia meletakkan jawatan  kerana merasakan beliau bertanggungjawab untuk menghalang sekumpulan individu dikatakan “kumpulan kleptokrat” berkuasa.

Menegaskan beliau tidak berhasrat untuk terus berkuasa ketika sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat terhadapnya menjadi pertikaian, Muhyiddin mendakwa dirinya mempunyai tanggungjawab untuk “tidak membiarkan kumpulan kleptokrat” memerintah.

Presiden Bersatu itu bagaimanapun tidak menamakan individu dalam “kumpulan kleptokrat” itu. Gelaran tersebut sebelum ini dikaitkan dengan beberapa individu dalam Umno.

Bagaimanapun kalangan pemimpin Umno menolak tuduhan itu, dan menyifatkan Muhyiddin sebagai gagal menangani krisis ekonomi dan kesihatan awam negara.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Tiada ulasan: