HALAMAN SANTAI

Selasa, 17 Ogos 2021

Warisan juga mencalonkan Shafie sebagai PM baharu


Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mendapat sokongan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk menjadi Perdana Menteri.

Blok pembangkang dijangka turut akan mencalonkan nama Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri baharu, ia susulan keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatannya hari ini.

Perkara tersebut disahkan Ketua Wira Warisan, Datuk Mohd. Azis Jamman yang membayangkan Shafie diyakini dapat memberi perubahan dalam pentadbiran negara di bawah kerajaan baharu yang lebih stabil.

“Saya akan menjadi pilih kasih jika ditanya tentang ini kerana saya dengan beliau dari parti dan negeri yang sama jadi sudah tentu saya mengiakan pencalonan beliau,” katanya dipetik lapor Utusan Online.

Jelasnya, peluang harus diberikan kepada wakil Sabah pula untuk menerajui pentadbiran kerajaan pusat dan boleh tidak ada salahnya jika tawaran tersebut dipertimbangkan.

“Ini terutama selepas 60 tahun Malaysia dibentuk, tidak pernah dalam sejarah pemimpin dari Sabah diberi peluang menerajui negara dan pertimbangan untuk merealisasikan Perjanjian Malaysia 1963,” katanya lagi.

Muhyiddin menyerahkan surat peletakan jawatannya hari ini kepada Yang di-Pertuan Agong kini terserah kepada Seri Paduka untuk melantik Perdana Menteri baharu.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kini juga sedang merayu supaya semua parti-parti dalam blok tersebut menyokongnya sebagai calon PM baharu.

Bagaimanapun difahamkan, Pengerusi Parti Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Shafie tidak membuat sebarang keputusan untuk sama ada menyokong Anwar sebagai calon PM yang baharu.

Tiada ulasan: