Nickyson Nyambar

Ahli
Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kerajaan
perlu tampil dengan satu mekanisme yang digerakkan seiiring dengan
pelaksanaan RUU antilompat parti agar tidak timbul sebarang
ketidakadilan. -Gambar fail
KUALA LUMPUR :
Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan
cadangan Rang Undang-Undang (RUU) antilompat parti datangnya dari
kerajaan sendiri dan bukannya usul peribadi.
Jelas
beliau, sebelum ini pihaknya hanya mencadangkan kepada kerajaan supaya
tampil dengan mekanisme yang boleh bergerak seiiring dengan
pelaksanaannya nanti.
Malah katanya, RUU antilompat parti itu perlu dibawa bersama usul lain seperti RUU pemecatan Ahli Parlimen.
"Cadangan (RUU) antilompat parti ini datangnya daripada kerajaan dan bukan saya.
"Apabila
kerajaan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kerajaan-Pakatan
Harapan, Perdana Menteri ke-9 ada tertulis (menyatakan) dalam MoU
berkenaan ingin mewujudkan Akta Lompatparti.
"Semasa
Perdana Menteri ke-8, menawarkan penyelesaian kepada rakyat dihadapan
televisyen, bukankah beliau menimbulkan Akta Antilompat parti? Datang
daripada mulut kerajaan, bukan saya sebagai Ahli Parlimen Pengerang,"
katanya dalam temu bual Dialog Tiga Penjuru Astro AWANI pada Khamis.
Ujar
beliau lagi, sekiranya pelaksanaan RUU berkenaan diteruskan, beliau
khuatir akan timbulnya ketidakadilan buat wakil rakyat yang berbuat
demikian (melompat parti).
"Sebabnya,
kita lihat satu senario iaitu lompat, dua senario kena pecat, senario
ketiga gabungan kerajaan. Kalau dia bergabung, jadi tidak adil.
"Sebab
kalau menang atas kerusi A, dia nak bentuk kerajaan, dia gabung, dia
keluar lima orang, 10 orang. Itu boleh didefinisikan sebagai 'lompat'.
"Jadi
apa yang saya cadang hanya pemecatan Ahli Parlimen dalam senario
tertentu. Saya cadang kerajaan referendum supaya tidak membazir duit
melalui pilihan raya, itu sahaja.
"Kita
menawarkan kepada kerajaan kalau buat Akta Antilompat parti, kerajaan
perlu ikatkan dengan satu sistem mekanisme sebagai pemecatan Ahli
Parlimen dalam senario tertentu. Termasuk wakil rakyat yang tidak hadir
ke Parlimen," ujar beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan