HALAMAN SANTAI

Khamis, 23 September 2021

Kuih Bulan serlah perpaduan PAS, GERAKAN, MCA

AHMAD FAISAL MOHD PUAIT

SEMANGAT perpaduan yang dikecapi hari ini adalah hasil pengorbanan dan sikap lapang dada orang terdahulu untuk membentuk sebuah negara yang merdeka.

Maka, tugas kita selaku anak muda, perlu mempertahankan keharmonian dan perpaduan yang dikecapi sehingga ke saat ini dengan sebaik mungkin.

Advertisement

Alhamdulillah, saya dan kepimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak telah selesai mengadakan pertemuan dengan sahabat daripada parti GERAKAN dan MCA untuk menyerahkan hadiah kuih bulan sebagai tanda tulus ikhlas dan persahabatan.

Sahabat GERAKAN dan MCA menyambut baik dan sangat mengalu-alukan kehadiran kami ke wisma mereka kelmarin. Inilah keindahan yang kita miliki selaku warga Malaysia.

Suasana yang harmoni dan damai walau berbeza warna kulit, budaya, kaum dan agama. Demi perpaduan, kita bersatu padu dan bekerjasama untuk membina sebuah negara yang sejahtera. Selamat menyambut Perayaan Kuih Bulan kepada rakan-rakan berbangsa Cina.

Tahniah Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Negeri Perak yang diterajui pimpinan masa depan, Saudara Aiman Danial beserta saff kepimpinannya yang berjaya menganjurkan program melangkau sempadan ini. Semoga kita terus bersama dalam mencari titik persamaan dalam hidup bermasyarakat Insya-Allah.

Yang mencintai semangat perpaduan;

AHMAD FAISAL MOHD PUAIT
Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak – HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: