HALAMAN SANTAI

Jumaat, 16 Mei 2008

Peniaga dakwa penguatkuasa DBKL layan mereka macam anjing
Harakahdaily


KUALA LUMPUR (Hrkh) - "Penguatkuasa DBKL tiada hti perut, layan kami macam anjing," dakwa peniaga jalanan di Taman Tasik Titiwangsa.

Pengadu, Ibrahim Ahmad, 45 dan Hazlina Mohd Nor, 56, yang datang sendiri ke pejabat Harakah , kesal dengan sikap penguatkuasa DBKL yang didakwanya tidak mempunyai sikap tolak ansur dan kemanusiaan.

Mereka adalah antara beberapa orang peniaga jalanan kecil-kecilan di sekitar Eye On Malaysia, yang tidak pernah diberikan lesen menjaja walaupun permohonan dibuat beberapa kali.

Menurut mereka, barangan yang diniagakan bukannya merupakan barangan basah atau mengotorkan kawasan persekitaran.

"Kami hanya menjual lampu-lampu bercahaya dan cenderahati kecil untuk para pelawat dan pelancong asing," kata Hazlina.

Menurutnya, kejadian yang menimpa Ibrahim malam semalam lebih teruk apabila penguatkuasa bermotor datang, terus melanggar barangan jualannya hingga rosak.

Dalam kejadian lain kata mereka, penguatkuasa DBKL menghambat mereka sehingga jatuh ke dalam longkang.

"Kadang-kadang ketika pelancong datang membeli, tanpa memberi amaran, penguatkuasa datang merampas, walaupun barangan itu berada ditangan pelancong," dakwanya kesal.

Tambahan pula katanya, kebanyakan mereka adalah peniaga-peniaga keturunan Melayu berpendapatan kecil yang tidak mampu menyewa premis besar untuk berniaga.

Sehubungan dengan itu, mereka mengesa DBKL supaya lebih bertimbang rasa dan memberi kebenaran kepada mereka untuk mencari rezeki sesuap nasi bagi menyara keluarga. - mr

Tiada ulasan: