HALAMAN SANTAI

Jumaat, 16 Mei 2008

VIDEO: Penderaan Pelatih Komando di Kem


PARLIMEN (SK)- Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan penderaan pelatih komando salah sebuah unit tentera negara.

Saifuddin sebelum ini membangkitkan perkara tersebut dalam sidang parlimen Isnin lalu, tetapi tiada jawapan daripada timbalan perdana menteri, yang juga menteri pertahanan Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Dalam sidang medianya di parlimen , Saifuddin berkata , beliau menerima klip video yang menunjukkan jurulatih mendera secara fizikal anggotanya serta memijak-mijak kepala mereka.

“Ini adalah soal maruah seorang manusia. Menteri pertahanan sendiripun tentunya tidak mahu kepalanya dipijak-pijak begitu,” kata Saifuddin.

Sebaliknya, Najib pula bertanya kepada Saifuddin sama ada beliau pernah melihat kejadian seumpama itu sewaktu menjadi setiausaha politik kepada menteri pertahanan pada tahun 1990-an.

“Saya tidak pernah melihat apa-apa pun seperti ini sebelum ini walaupun saya pernah menjadi setiausaha politik,” katanya sambil menambah, beliau mempunyai alasan untuk mempercayai ia memang benar-benar berlaku.

Menurutnya, pihak kementerian perlu memberi penjelasan mengenainya kepada orang ramai kerana beliau tidak rasa mereka boleh menerima apa yang dilakukan itu.

Tiada ulasan: