Tiba saatnya Abdullah berundur serta merta
Ruhanie Ahmad
Kekalahan BN dalam PRK di Permatang Pauh membawa implikasi serius kepada kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di era pasca PRU 12.
Kekalahan ini membuktikan majoriti pengundi di Permatang Pauh menolak Abdullah selaku Perdana Menteri, Pengerusi BN, Presiden UMNO dan Ketua Perhubungan UMNO Pulau Pinang.
Kekalahan ini juga membuktikan tsunami politik yang meledak mulai PRU 12 adalah satu force yang masih bertenaga dan tidak akan reda selagi Abdullah masih terus berkuasa.
Lebih jelas lagi, jika PRU12 pada 8 Mac 2008 memberikan mesej supaya Abdullah segera mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri, PRK Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008 adalah endorsement dan re-enforcement kepada mesej tersebut.
Lantaran itu, Abdullah perlu bertindak decisive untuk mengosongkan kerusinya di Putrajaya dengan serta-merta. Jika tidak, krisis keyakinan rakyat terhadap Abdullah akan berpanjang dan boleh menjejaskan kekuasaan BN di negara ini menerusi PRU 13.
Kekalahan BN di PRK Permatang Pauh juga menimbulkan pelbagai persoalan strategik mengenai kekuatan UMNO dan komponen-komponen BN di Malaysia Semenanjung dalam era pasca PRU 12.
Ahli UMNO
Baru-baru ini banyak pihak amat yakin, BN akan menang kerana UMNO Permatang Pauh mempunyai 27,500 orang ahli. Kata mereka, jika 50 peratus atau 13,750 orang ahli UMNO mengundi BN, dicampur dengan sokongan ahli-ahli parti komponen lainnya, pasti PKR akan tewas.
Hari ini BN hanya memperolehi 15,524 undi. Berapa ramaikah antara mereka ini ahli UMNO? Seramai 13,750 orang? Jika ini hakikatnya, betulkah hanya 4,577 orang sahaja ahli komponen lainnya yang mengundi BN?
Jika andaian hanya 4,577 ahli komponen BN yang mengundi BN adalah mustahil, tidakkah ini bermakna bahawa sebilangan ahli UMNO juga tidak menyokong BN? Mengapa? Kerana mereka kecewa dengan formula peralihan kuasa yang diumumkan oleh Abdullah baru-baru ini? Atau, kerana mereka juga sudah hilang keyakinan terhadap Abdullah selaku Presiden UMNO yang mahu terus mengekalkan kedudukannya dalam pemilihan parti pada Disember 2008 kelak?
Jika andaian di atas pula benar, tidakkah ini bermakna sebilangan anggota komponen BN juga sudah hilang keyakinan terhadap BN? Mengapa? Kerana mereka kecewa dengan kepimpinan Abdullah yang lemah dan tempang? Atau kerana mereka kesal, walaupun sudah kehilangan kuasa di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor dalam PRU 12, Abdullah masih tetap berdiam diri tidak memperkasakan semula BN?
Seluruh persoalan di atas adalah relevan untuk dijadikan asas oleh anggota UMNO dan BN mempertikaikan kepimpinan politik Abdullah mutakhir ini. Hakikatnya begitu kerana mustahil keseluruhan 31,195 undi yang diperolehi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya datang daripada komponen PR dan pengundi atas pagar.
Ke Putrajaya
Maka, Abdullah juga perlu bertindak decisive dengan mengundurkan diri daripada kepimpinan UMNO dan BN dengan serta-merta. Jika tidak, kelemahan UMNO dan BN akan jadi kekuatan kepada PR untuk menguburkan UMNO dan BN menerusi PRU 13.
Kali ini, Abdullah tidak perlu lagi mendengar desakan mana-mana pihak dan individu tertentu yang mengatakan beliau masih lagi diperlukan oleh rakyat dan negara. Beliau juga perlu bebaskan dirinya daripada sindrom penafian bahawa UMNO dan BN masih tetap perkasa dan tidak perlu dipost-mortemkan selepas PRU12.
Sebaliknya, Abdullah mesti insaf. Hakikat rakyat hilang keyakinan terhadap dirinya adalah benar. Hakikat rakyat mahu beliau berhenti sebagai Perdana Menteri adalah benar. Hakikat UMNO dan BN lemah adalah benar. Hakikat sebilangan besar anggota UMNO akar umbi menolak beliau selaku Presiden UMNO adalah benar. Hakikat BN memerlukan kepimpinan tertinggi yang baru adalah juga benar.
Seluruh anggota Jemaah Menteri
Jika tidak, jangan salahkan sesiapa jika ura-ura Anwar akan kembali ke Putrajaya jadi kenyataan. Jika tidak, terbuktilah bahawa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan