HALAMAN SANTAI

Selasa, 26 Ogos 2008

PM turunkan harga minyak kerana mahu undi simpati
Saidah Hairan


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri berada dalam keadaan tertekan sehingga terpaksa mengumumkan penurunan harga minyak sebanyak 15 sen seliter untuk mengambil hati pengundi Permatang Pauh supaya memberi undi simpati kepada calon BN dalam pilihan raya kecil hari ini.

Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Sallehen Mokhyi yang menyelar keputusan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata penurunan itu kerana bertujuan mengambil hati pengundi menjelang pilihan raya di Permatang Pauh.

Menurut bertanya, jika Abdullah sensitif dengan bebanan rakyat selama ini kenapa beliau tidak turunkan minyak sejak awal lagi.

"PM terpaksa memenuhi tuntutan pengundi Permatang Pauh yang menjadikan kenaikan harga minyak sebagai satu isu dan keputusan Abdullah membuktikan satu tindakan terdesak," tegasnya.

Menurut beliau, penurunan harga minyak setakat 15 sen seliter tidak membawa banyak manfaat kerana harga barangan keperluan masih tinggi, malah melambung menjelang Ramadan ini.

Berhubung kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang mahu memansuhkan rebat katanya, pemberian itu merupakan alternatif kedua yang dilakukan oleh kerajaan bagi memberi ketenangan rakyat.

Tambah beliau, jika kerajaan mahu memansuhkan pemberian rebat, ia perlu turunkan harga minyak kerana minyak diperlukan rakyat setiap masa berbanding rebat yang hanya diperolehi setahun sekali.

Kerajaan mengumumkan harga runcit petrol RON97 dikurangkan sebanyak 15 sen kepada RM2.55 daripada RM2.70 seliter manakala harga runcit diesel sebanyak 8 sen kepada RM2.50 seliter. - lanh _

Tiada ulasan: