Konsert Avril: Mufti-mufti digesa keluarkan fatwa
Nyza Ayob
Menurut Ketua Penerangannya, Herman Samsudeen, fatwa tersebut penting kerana ia melibatkan soal masa depan masyarakat
Katanya, tindakan kerajaan meluluskan konsert penyanyi dari Kanada ini dilihat umpama menuangkan minyak di atas api yang marak.
Jelasnya, Mufti boleh merujuk klip-klip video artis ini yang tersebar di internet sebagai rujukan dalam mengeluarkan fatwa.
Selain itu, beliau juga meminta agar Mufti Wilayah Persekutuan memainkan peranan yang penting dan tidak sekadar mencari populariti politik dengan hanya mengeluarkan pandangan terhadap isu hangat seperti kes sumpah Saiful Bukhari Azlan.
Tambahnya, konsert tersebut lebih besar impaknya jika dibandingkan kesannya dengan kes Saiful kerana ia melibatkan orang ramai.
Katanya, menjadi tanggungjawab Mufti Wilayah Persekutuan untuk menyelamatkan umat Islam dari terjerumus ke dalam kancah sosial, yang mana beliau akan diminta bertanggungjawab di hadapan Allah jika gagal mempergunakan ilmu yang ada dalam mencegah kemungkaran. - mks.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan