HALAMAN SANTAI

Ahad, 24 Ogos 2008

Punggung Saiful talian hayat Umno?
Abdul Aziz Mustafa


PERMATANG PAUH - Semakin hampir berlangsungnya pilihan raya kecil Permatang Pauh, semakin kuat Umno memperlihatkan pergantungannya kepada punggung Mohd Saiful Bukhari Azlan untuk menghadapi pilihan raya itu, kata Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar.

"Umno seolah-olah menjadikan punggung Saiful sebagai talian hayatnya," kata beliau.

28 Jun lalu, Saiful menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwatnya. Anwar menafikan tuduhan itu.

"Umno begitu mabuk dengan tuduhan liwat dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh. Kepentingan rakyat dan negara semuanya seolah-olah diletakkan pada kedudukan nombor 50 atau nombor 60. Mabuk nombor satu Umno ialah tuduhan liwat," katanya.

Mahfuz menyifatkan tindakan Umno itu akan menghakiskan lagi kepercayaan rakyat kepada parti itu.

"Nampaknya Umno dalam keadaan sangat tertekan dan tidak berupaya membersihkan segala kekotoran mereka. Keputusan rakyat (dalam pilihan raya 8 Mac lalu) langsung tak jadi teladan.

"Umno seolah-olah begitu asyik dengan pembohongan, tuduhan yang zalim dan fitnah," katanya.

Sambil memnyifatkan pilihan raya kecil Permatang Pauh menentukan hayat politik Umno, Mahfuz hairan mengapa Umno tidak malu apabila parti itu seolah-olah menjadikan punggung Saiful sebagai talian hayatnya.

"Mengapa Umno begitu terdesak sehingga menggunakan punggung yang busuk untuk menyembunyikan penyalahgunaan kuasa dan perbuatan kotor?" beliau mempersoalkan sambil menegaskan kezaliman tidak boleh ditutup dengan kebusukan yang jelek.

Pilihan raya kecil Permatang Pauh akan diadakan pada 26 Ogos ini. Calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar oleh calon Barisan Nasional, Datuk Arif Shah Omar Shah._

Tiada ulasan: