HALAMAN SANTAI

Selasa, 26 Ogos 2008

Zulkifli, MP Kulim-Bandar Baharu nafi keluar PKR
Oleh G. MANIMARAN dan NURUL AIN MOHD HUSSAIN


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin hari ini menafikan desas-desus bahawa beliau akan keluar daripada Parti Keadilan Rakayt (PKR).

"Saya tidak akan keluar parti. Itu semua hanya khabar angin sahaja," kata beliau ketika kepada mstar Online hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai khabar angin yang bertiup mengatakan beliau akan meninggalkan parti itu, antara disebabkan penglibatannya dalam bantahan ke atas forum anjuran Majlis Peguam dua minggu lalu.

Beliau dalam nada bergurau berkata: "Mana ada keluar parti. Keluar parti tupperware adalah."

Ketika dihubung malam tadi, tegas Zulkfili, beliau sedang berkempen untu calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Sudah lima hari saya berkempen di Permatang Pauh. Ini pun saya baru lepas meberi ceramah," ujarnya.

Jelasnya, khabar angin yang bertiup itu sengaja oleh dibuat 'pihak tertentu' bagi memberi kesan kepada kempen dihari terakhir kempen pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Beberapa pemimpin PKR yang dihubungi di Permatang Pauh juga menafikan kemungkinan tersebut.

Kata mereka, desas-desus itu kemungkinan disebarkan oleh pihak lawan pilihan raya kecil kali.

Pilihan raya kecil Permatang Pauh ditandingi oleh calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah, Anwar dan Hanafi Hamat dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).

Nama Zulkifli menjadi sebutan apabila beliau menghilangkan diri selepas membantah Forum Islam anjuran Majlis Peguam yang diadakan pada 9 Ogos lalu.

Beliau yang juga anggota Majlis Tertinggi PKR difahamkan tidak pulang ke rumahnya sejak membantah forum berkenaan.

Semasa kehilangannya, ada khabar angin mengatakan beliau ditahan di bawah Akta Dalam Negeri.

Bagaimanapun beliau menafikan perkara tersebut.

Beliau muncul di Parlimen minggu lalu dan menerangkan kehilangannya selama seminggu adalah atas urusan peribadi.

Zulkifli berkata beliau hadir ke Parlimen memberi penjelasan kepada pucuk pimpinan PKR berhubung kehilangannya selepas membantah Forum Islam anjuran Majlis Peguam.

Tiada ulasan: