HALAMAN SANTAI

Selasa, 26 Ogos 2008

Sambutan hari lahir dan hari ibu haram?
Editor Buletin Online


RIYADH - Sambutan ulang tahun perkahwinan, hari lahir atau hari ibu adalah haram iaitu bertentangan dengan Islam, kata seorang ulama terkenal Arab Saudi, Abdul-Aziz al-Shaikh.

Beliau berkata demikian bagi mematahkan beberapa cadangan oleh satu pihak yang menyatakan Islam membenarkan sambutan-sambutan peribadi.

Seorang ulama, Salman al-Awdah memberitahu para penonton ketika dihubungi dalam satu rancangan televisyen minggu lalu bahawa menyambut ulang tahun kelahiran dan perkahwinan tidak salah di sisi Islam.

Akhbar al-Madina melaporkan bahawa Shaik Abdul-Azizi berkata, sambutan seperti berparti tidak akan membezakan penganut Islam dengan agama lain.

Wanita turut diharamkan daripada memandu dan bergaul dengan lelaki bukan muhrim di Arab Saudi di mana beberapa ulama mengeluarkan larangan tidak membeli bunga ros merah pada Hari Kekasih.

"Seorang Muslim perlu bersyukur jika anak-anak mereka sihat dan jika kehidupan perkahwinan mereka stabil," katanya.

Shaik Abdul-Azizi berkata, dua perayaan yang diminta untuk mengadakan sambutan di negara Islam adalah Hari Raya Aidilfitri sebagai berakhirnya bulan Ramadan dan Hari Raya Korban sebagai berakhirnya musim haji. - Reuters

Tiada ulasan: