Buletin Online
KUALA TERENGGANU - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Ahmad Said berpendapat kepimpinan UMNO di Permatang Pauh yang lemah menjadi salah satu sebab parti tersebut kalah dalam pilihan raya kecil kelmarin.
Menurut Ahmad, kelema-han tersebut adalah berpunca daripada masalah dalaman kepimpinan di kawasan itu sendiri termasuk perebutan jawatan untuk bertanding di peringkat ketua UMNO bahagian dan juga calon yang bertanding.
“Terlalu lemah kepimpinan UMNO di kawasan berkenaan...bila dah ramai berebut jadi calon dan ketua UMNO bahagian masing-masing susah,” ujarnya selepas mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Iman, di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemenangan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan majoriti lebih besar 15,671 undi dalam pilihan raya kecil di Permatang Pauh kelmarin.
Selain itu beliau memberitahu, sejarah Permatang Pauh sendiri yang telah pun dikuasai pembangkang sejak beberapa tahun lalu turut menjadi faktor kepada kekala-han Barisan Nasional (BN) melalui calonnya, Datuk Arif Shah Omar Shah.
“Kawasan yang lebih 10 tahun dimenangi pembangkang serta semangat UMNO peringkat cawangan semakin menurun...kawasan kalah menyebabkan anggota bersikap tidak kisah.
“Malah pengurusannya juga tidak baik, jumlah pengundi, target (sasaran) pengundi tidak tahu, bacaan sikap tidak ada...kita di Terengganu setiap ketua jaga lima buah rumah sebab itu kita tahu dan pastikan pengundi kita (BN) keluar mengundi.
“Orang kita (BN) juga dilihat bersikap agak penakut, kalau kecoh-kecoh mereka tidak mahu pergi (keluar me-ngundi), tapi berbeza dengan pembangkang walau agresif sekalipun mereka tetap akan pergi mengundi kerana semangat tinggi,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan