Pak Abu kenal sangat kat Arif Shah tu
kerajaanrakyat.com
Antara tahun 1978 hingga 1982, Pak Abu berkerja untuk anak muda bernama Arif Shah bin Omar Shah.
Abu bin Kassim sekarang ini tinggal di Jalan Raja Muda Abd. Aziz, Kampong Baru,
Pak Abu sudah berusia 76 tahun sekarang tetapi masih sihat. Segala peristiwa yang beliau lalui semasa berkerja dengan syarikat Home Industries Sdn Bhd milik tiga beradik, Amin Shah, Faridah dan Arif Shah masih segar dalam ingatannya.
Pak Abu dikenalkan kepada saya
Pak Abu memulakan ceritanya dengan ayat “Arif Shah tu penipu besar”
Menurut Pak Abu, Arif Shah telah mempengaruhi 37 orang pemilik tanah di Kampong Baru dengan janjinya untuk membangunkan rumah pangsa 4 tingkat, 4 pintu (16 unit) setiap blok di atas tanah seluas 8,000 kaki persegi yang dimiliki oleh setiap 37 orang pemilik tanah tersebut. Ini bermakna sebanyak 37 blok rumah pangsa akan didirikan di Kampong Baru.
Untuk tujuan ‘pembangunan’ itu setiap pemilik tanah mesti menyerah kuasa kepada Home Industries Sdn Bhd untuk tujuan gadaian bagi mendapatkan modal pembinaan.
Maka dek kepandaian dan kebijaksanaan keturunan ‘Shah’ ini, tergadailah 37 lot tanah orang Melayu di Kampong Baru itu.
Sejak saat dan ketika itu, maka beranganlah kesemua 37 orang tuan tanah itu satu hari nanti ditapak tanah mereka yang sekangkang kera itu akan terbangunlah rumah pangsa empat tingkat yang akan mendatangkan pendapatan lumayan hasil sewaan 16 unit rumah setiap blok.
Mereka berangan punya berangan sampailah kehari ini. Mereka masih dalam angan-angan kerana Home Industries Sdn Bhd yang telah menggadaikan 37 lot kabarnya kepada ‘Perwira Habib Bank’ (bank yang telah ditelan alam) telahpun menjadi arwah.
Bermula dengan percayakan si Arif Shah, kemudian berangan jadi kaya, sekarang tinggal melomponglah pemilik tanah yang sudah tidak bertanah lagi.
Tiga puluh tujuh lot tanah orang Melayu di Kampong Baru masih tergadai sehingga kehari ini, rumah pangsa yang dijanjikan entah ke mana. Amin Shah terselamat sebab dia kawan dia ni. Arif Shah terselamat sebab dia orang parti ini.
Nak jumpa Pak Abu?. Pergi saja ke kedai makan di simpang empat Jalan Raja Ali, Kampong Baru. Banyak bertanya, banyaklah Pak Abu akan luahkan.
Terima kasih Pak Abu. Tahniah Tok Amin Shah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan